KONSEP DAN JENIS SOSIALISASI

KONSEP SOSIALISASI
  1. Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial
  2. Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/ budaya. 
  3. Teori sosialisasi memberi perhatian kepada : 
  • perkembangan kognitif 
  • pemerolehan moral 
  • perkembangan kemahiran sosial
JENIS SOSIALISASI


    SOSIALISASI PERMULAAN (primer)

      • berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang
      • Tempat sosialisasi primer adalah keluarga kerana manusia lahir dan hidup di tengah-tengah keluarga. Sosialisasi primer akan mempengaruhi seorang anak untuk dapat membezakan dirinya dengan orang-orang yang ada di sekitarnya, seperti ayah, ibu, kakak, dan adik
      • diperingkat ini kanak-kanak belajar daripada orang dewasa bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa. 

    SOSIALISASI PENYERTAAN (sekunder)

      • proses sosialisasi berikutnya yang memperkenalkan kepada individu diluar lengkungan primer (keluarga) seperti di lingkungan sekolah, lingkungan bermain, dan lingkungan kerja.
      • individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya.

    SOSIALISASI SEMULA (resosialisasi)

    • proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
    • boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah dan bilik darjah. 




    Comments

    Popular posts from this blog

    TOKOH-TOKOH YANG MENGKAJI TENTANG PENDIDIKAN