ADAKAH PENGURUSAN PEMBELAJARAN PENTING?
Mesti kita tertanya-tanya apakah kepentingan pengurusan pembelajaran bagi guru dan murid-murid. Sememangnya pengurusan pembelajaran ini akan meningkatkan mutu amalan kerja guru serta menambahkan produktiviti. Pembelajaran juga menjadi lebih berkesan kepada para pelajar. Paling penting ialah bagi mendapatkan keredhaan Allah.
Guru yang profesional mestilah mampu menguasai dan mengurus 7 pengetahuan ini. Pertamanya ialah pelajar. Guru yang profesional mestilah menguasai para pelajarnya dengan berkenalan dan mengetahui latar belakang setiap pelajar. Ini bagi memudahkan guru mengesan sebarang perubahan kepada pelajanya atau permasalahan yang berlaku kepada dirinya.
Keduanya ialah pedagogi pembelajaran. Ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan cara pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Strategi paling bagus ialah pendekatan yang berpusatkan murid.
Ketiga adalah seorang guru haruslah menguasai kurikulum kerana itu adalah perkara penting bagi profesionnya. Jika seorang usahawan berniaga produk dan itu adalah perniagaannya. Maka bagi guru, kurikulum adalah perniagaan utamanya. Penguasaan yang baik terhadap kurikulum mampu menghasilkan murid-murid yang minat serta bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Seterusnya, konten-pedagogi. Ini bermakna meletakkan pakar pada tempatnya. Sebagai contoh, guru sains sahaja yang boleh mengajar sains. Ini kerana mereka benar-benar menguasai bidang tersebut. Sebab itulah mereka ditempatkan menjadi guru pada subjek tersebut. Kecelaruan akan berlaku sekiranya pihak pentadbiran meletakkan guru di bidang yang berlainan.
Selain itu, kandungan mata pelajaran juga sangat penting untuk dikuasai oleh para guru. Sebaiknya guru menguasai silibus tersebut dan mengaitkan dalam kehidupan serta melangkaui daripada silibus semata-mata.
Seorang guru yang profesional akan cuba menghayati prinsip tersebut dan mempraktikkannya.

Comments
Post a Comment