Posts

Showing posts from November, 2018

TOKOH-TOKOH YANG MENGKAJI TENTANG PENDIDIKAN

Image
IBNU KHALDUN (1332-1406) mengkaji perubahan dan fenomena sosial mengkaji perkaitan antara institusi moden  membezakan antara masyarakat primitif dan moden menghubungkan pemikiran sosiologi dan sejarah AUGUSTE COMTE (1798-1857)   pengasas teori fungsionalisme mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat) memperkenalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding dengan sains lain KARL MARX (1818-1883)  pengasas teori konflik menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosial perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi mengkritik kapitalisme MAX WEBER (1864-1920) agama penting sebagai agen perubahan rasionalisasi dalam masyarakat moden manusia perlu ambil kira tentang perilaku, tidak sama seperti mengkaji sains fizikal 

KONSEP DAN JENIS SOSIALISASI

Image
KONSEP SOSIALISASI Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/ budaya.  Teori sosialisasi memberi perhatian kepada :  perkembangan kognitif  pemerolehan moral  perkembangan kemahiran sosial JENIS SOSIALISASI SOSIALISASI PERMULAAN (primer) berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang Tempat sosialisasi primer adalah keluarga kerana manusia lahir dan hidup di tengah-tengah keluarga. Sosialisasi primer akan mempengaruhi seorang anak untuk dapat membezakan dirinya dengan orang-orang yang ada di sekitarnya, seperti ayah, ibu, kakak, dan adik diperingkat ini kanak-kanak belajar daripada orang dewasa bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa.  SOSIALISASI PENYERTAAN (sekunder) proses sosialisasi...

KEPIMPINAN DI PERINGKAT SEKOLAH??

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera guru-guru berintegriti sekalian. Apa khabar semua? Pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan kepada anda semua tentang struktur organisasi di peringkat sekolah dan skop tugasannya. Bermula dengan pengetua, tugasnya adalah merancang dan menyelia pengurusan kurikulum di semua tahap di sekolah iaitu Tingkatan 1 hingga 5. Beliau juga berperanan membimbing warga sekolah dalam mencapai matlamat dan objektif sekolah selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya adalah mengagih dan menyelia tugas warga sekolah seperti seorang pemantau. Di samping itu, beliau menilai prestasi kakitangan akademik dan bukan akademik. Tambahan lagi, beliau juga mempengerusikan jawatankuasa sekolah, menyelia persekitaran sekolah serta merancang takwim sekolah. Bukan setakat itu saja, beliau mengurus akaun dan kewangan serta menyediakan anggaran belanjawan untuk sekolah. Tuntasnya, pengetua mengendalikan kebanyakan tugas tetapi hanya sebagai pemantau saja. Kita...

ADAKAH PENGURUSAN PEMBELAJARAN PENTING?

Image
Mesti kita tertanya-tanya apakah kepentingan pengurusan pembelajaran bagi guru dan murid-murid. Sememangnya pengurusan pembelajaran ini akan meningkatkan mutu amalan kerja guru serta menambahkan produktiviti. Pembelajaran juga menjadi lebih berkesan kepada para pelajar. Paling penting ialah bagi mendapatkan keredhaan Allah. Guru yang profesional mestilah mampu menguasai dan mengurus 7 pengetahuan ini. Pertamanya ialah pelajar. Guru yang profesional mestilah menguasai para pelajarnya dengan berkenalan dan mengetahui latar belakang setiap pelajar. Ini bagi memudahkan guru mengesan sebarang perubahan kepada pelajanya atau permasalahan yang berlaku kepada dirinya. Keduanya ialah pedagogi pembelajaran. Ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan cara pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Strategi paling bagus ialah pendekatan yang berpusatkan murid. Ketiga adalah seorang guru haruslah menguasai kurikulum kerana itu adalah perkara penting bagi profesionnya. Jika seorang usahawan bern...
Image
SEKOLAH DAN PERSEKITARAN PENGENALAN Sekolah - pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Persekitaran sekolah - Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber b...

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Image
DEFINISI PENGURUSAN • Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan . • Mary Parker Follet (1995) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. • Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi - fungsi pengurusan secara fitrah • melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber - sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik • dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat . DEFINISI PEMBELAJARAN Pembelajaran adalah suatu proses yang unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman , penghayatan dan kemampuan bertindak ...